Bunuh, potong dan goreng zakar suami - Utusan Malaysia

Bunuh, potong dan goreng zakar suami

DAYANE Cristina Rodrigues Machado membunuh suami sendiri di Brazil. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita di Brazil bukan sahaja bertindak kejam membunuh suami sendiri, malah tergamak memotong alat kemaluan lelaki itu sehingga putus.

Lapor Metro, Dayane Cristina Rodrigues Machado, 33, didakwa memotong zakar suami dan memasaknya dengan minyak kacang soya dalam kuali sekitar pukul 4 pagi.

Polis menemui mayat lelaki itu yang dikenali sebagai Andre di kawasan kejiranan Santa Catarina dalam keadaan tidak bernyawa dan berbogel.

Sejurus itu, wanita itu ditahan di bandar Sao Goncalo, Isnin lalu dan pihak polis merampas pisau di tempat kejadian.

Pasangan yang sudah berkahwin selama 10 tahun itu dikurniakan dua anak berusia lima dan lapan tahun sebelum mereka bercerai.

Difahamkan, pasangan yang menjalankan perniagaan pizza itu bertengkar semasa mereka keluar rumah pada waktu malam sebelum kejadian berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya