MASSACHUSETTS: Seorang lelaki didakwa membunuh ibunya dengan kejam apabila mengeluarkan semua organ dalaman mangsa dan ‘menyusunnya di atas pengalas kaki’ yang tertera tulisan ‘selamat datang’.
Suspek yang dikenali sebagai Alfredo Paratore, 49, didakwa membunuh ibunya, Katherine Paratore, 80, di rumah mereka di Lynn di sini pada minggu lalu.
Menurut polis, mayat mangsa ditemukan pada pukul 8 malam pada hari kejadian dan terdapat beberapa kesan kelaran pada bahagian badannya.
Sebelum itu, Alfredo menghubungi polis memaklumkan dia menemukan ibunya terbaring dan berlumuran darah atas lantai di rumah mereka.
Namun, tindakannya yang gementar dan tidak ingat bila kali terakhir dia berjumpa ibunya menyebabkan polis mencurigainya.
Selain itu, suspek turut mengeringkan kesan darah pada tangan kirinya serta kesan cakaran di telinga dan pipinya.
Alfredo juga memberitahu polis dia ada mengambil sejenis ubat untuk melawan ketagihan dadah, kira-kira 15 minit sebelum pembunuhan itu berlaku.
Sehubungan itu, suspek ditahan untuk siasatan dan motif pembunuhan belum dikenal pasti. – AGENSI