Buku perpustakaan dipulangkan selepas 70 tahun dipinjam - Utusan Malaysia

Buku perpustakaan dipulangkan selepas 70 tahun dipinjam

SEBUAH perpustakaan di Michigan menerima pulangan buku yang dipinjam sejak 70 tahun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah buku yang dipercayai dipinjam pada 1940-an akhirnya dipulangkan semula ke sebuah perpustakaan di Michigan.

Lapor United Press International, Ann Arbor District Library menerusi Facebook memaklumkan buku bertajuk Social Studies in the Public Schools of Ann Arbor, Michigan Grades Three to Six dipulangkan menerusi kurier selepas kira-kira 70 tahun dipinjam.

Buku itu dipinjam oleh Mary Rowland Fischer yang merupakan guru seni di Sekolah Menengah Tappan dan Sekolah Rendah Northside di Ann Arbor sebelum dia bersara pada tahun 1966.

Menantu Fischer, Kari Magill mengirimkan buku itu bersama sepucuk surat yang menjelaskan punca kelewatan buku itu dipulangkan ke perpustakaan.

“Tolong terima buku yang sudah tamat tempoh pinjaman ini. Fischer terlepas pandang tarikh pemulangan kerana dia mungkin sibuk bekerja sebagai guru. 

Mungkin pihak perpustakaan boleh pertimbangkan untuk mengecualikan denda memandangkan Fischer sudah meninggal dunia pada 1967?,” jelas surat itu.

Sementara itu, pihak perpustakaan dalam hantaran di Facebook memaklumkan keluarga Fischer tidak akan dikenakan denda lewat pemulangan buku tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya