Budak terkejut hanya tinggal 24 jam untuk hidup - Utusan Malaysia

Budak terkejut hanya tinggal 24 jam untuk hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun hanya mempunyai tempoh 24 jam untuk hidup selepas doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.

Lapor Mirror, Hollie Hartley dari Dagendaham, timur London, tidak dapat melihat dengan jelas dan berasa sakit semasa berada di sekolah.

Keluarganya terus membawa Hollie ke hospital dan ketika itu doktor memberitahu dia hanya mempunyai masa selama 24 jam untuk hidup.

Bagaimanapun, tuah menyebelahi kanak-kanak itu selepas tumor berjaya dikeluarkan dan dia dilaporkan masih terus hidup.

Pembedahan itu dilakukan di Hospital Great Ormond Street di London.

Seminggu selepas pembedahan itu, doktor mengesahkan kanak-kanak itu menghidap Neurofibromatosis.

Komplikasi itu terjadi akibat pertumbuhan tumor pada jaringan saraf yang disebabkan oleh kelainan genetik serta boleh berkembang menjadi kanser.

Hollie disahkan menghidap penyakit itu sepanjang hidupnya dan perlu ke hospital setiap tiga bulan kerana penyakit itu tidak boleh sembuh bagi melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sehingga berusia 16 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya