LONDON: Seorang remaja berusia 14 tahun tergamak menikan kanak-kanak berusia 12 tahun sampai mati.
Lapor Daily Mail, mangsa, Roberts Buncis ditikam berulang kali di bahagian leher, dada, anggota badan dengan pisau tertanam di kepalanya.
Mayat mangsa ditemukan di kawasan hutan di Alcorn Green di Fishtoft, Boston, dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-13, 12 Disember lalu.
Suspek menjalani perbicaraan di Mahkamah Lincoln Crown atas pertuduhan membunuh.
Selepas melakukan jenayah itu, suspek menghantar mesej kepada kawannya dan mengatakan dia sudah melakukan perkara yang salah.
“Kau mesti berjanji dengan aku jangan beritahu sesiapa dan jangan benci aku disebabkan perkara itu. Ini sangat serius,” tulis mesej tersebut.
Pendakwa Raya, Mary Loram memberitahu mahkamah suspek pernah menghantar mesej kepada mangsa September lalu dan mengatakan dia berasa cemburu dan akan menikamnya.
“Jika anda lihat perbualan remaja ini adalah amat memeranjatkan apabila dipenuhi dengan topik tentang minum arak dan dadah.
“Mereka mungkin menjalani kehidupan yang tidak terurus berbanding kebanyakan remaja dalam lingkungan usia tersebut,” katanya.