Buaya Uganda diberi nama Osama Bin Laden - Utusan Malaysia

Buaya Uganda diberi nama Osama Bin Laden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UGANDA: Seekor buaya yang dinamakan dengan Osama Bin Laden sudah meragut 80 nyawa penduduk kampung termasuk golongan dewasa dan kanak-kanak selama bertahun-tahun di sebuah perkampungan kecil di Luganga.

Lapor Mirror, buaya yang dipercayai sudah berusia 75 tahun tinggal di Tasik Victoria sepanjang hidupnya.

Buaya berukuran lima meter itu sudah menyerang penduduk kampung sejak 1991 hingga 2005.

Reptilia itu sering menyerang kanak-kanak ketika mereka mengisi air dalam baldi di tepi tasik atau berenang di bawah kapal nelayan sebelum membalikkannya.

Haiwan itu juga pernah melompat ke dalam kapal sebelum membunuh mangsa.

Buaya itu sudah ditangkap dengan bantuan 50 penduduk lelaki dan pegawai hidupan liar.

Segelintir penduduk mahu membunuh reptilia itu, tetapi pegawai hidupan liar tidak membenarkannya.

Buaya itu akan digunakan dalam program pembiakan supaya kulitnya dapat dijadikan sebagai beg tangan seperti di Itali dan Korea Selatan.

Selain itu, haiwan itu akan menjadi daya tarikan pelancongan di kawasan itu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya