Britain nafi Rusia lepas tembakan amaran terhadap kapal HMS Defender - Utusan Malaysia

Britain nafi Rusia lepas tembakan amaran terhadap kapal HMS Defender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain menafikan laporan Rusia yang mendakwa pasukan tenteranya melepaskan tembakan amaran terhadap kapal pemusnah milik United Kingdom (UK) di Laut Hitam.

Lapor BBC, Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan kapal HMS Defender memasuki kawasan perairan negara itu berhampiran Crimea.

Insiden ‘pencerobohan’ itu menyebabkan kapal peronda Rusia melepaskan tembakan amaran dan jet tentera negara tersebut turut melancarkan bom di laluan kapal berkenaan.

Namun, Kementerian Pertahanan Britain menangkis dakwaan itu dengan menegaskan tiada bom dilancarkan atau tembakan amaran dilepaskan terhadap HMS Defender.

“Kapal itu belayar di laluan yang diiktiraf antarabangsa iaitu antara Ukraine dan Georgia.

“Rusia sebelum ini sudah pun memberi peringatan bahawa pasukan tenteranya akan menjalani latihan ketenteraan di Laut Hitam, berhapiran dengan laluan HMS Defender,” kata jurucakap kerajaan Britain.

Rusia memaklumkan insiden itu berlaku berhampiran Cape Fiolent di selatan Crimea dan kapal Britain itu dilaporkan menukar laluan menyebabkan tembakan amaran dilepaskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya