MAKASSAR: Pemilik bilik sewa di Makassar pada mulanya menyangka sebuah bilik yang dihuni seorang pekerja perkhidmatan e-hailing ‘menyimpan mayat’.
Hal ini kerana, dia sering terhidu bau yang sangat busuk setiap kali melalui bilik tersebut.
Tidak tahan menanggung bau yang terlalu busuk, pemilik berkenaan membuat keputusan berdepan dengan penghuni tersebut.
Menerusi satu video, pemilik pergi ke bilik tersebut, namun penghuninya tiada kerana bekerja.
Pemilik kemudiannya memeriksa keadaan di dalam bilik berkenaan.
Terdapat satu almari di dalam bilik itu dan selepas dibuka, pemilik terkejut kerana bahagian dalamnya dipenuhi dengan sampah sarap.
Akhirnya, pemilik menyedari punca bau ‘mayat’ itu datangnya dari sampah yang dibuang dalam almari berkenaan.
Rakaman video turut menunjukkan longgokan sampah yang dikeluarkan dari almari tersebut.
Antara sampah yang dibuang termasuk bekas makanan dan botol minuman, selain dipercayai sering buan air kecil di dalam bilik tersebut.