DHAKA: Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menegaskan Pulau Bhashan Char yang kini menjadi penempatan sebahagian pelarian etnik Rohingya di Bangladesh adalah ‘sesuai sebagai perlindungan alternatif’ buat golongann tersebut.
Lapor Reuters, perkara itu disampaikan oleh wakil khas UNCHR yang melawat pulau tersebut pada awal minggu ini.
“Kebajikan dan keperluan sebanyak 18,000 pelarian etnik Rohingya yang tinggal di pulau ini dijaga sebaiknya oleh kerajaan Bangladesh.
“Mereka juga diberi akses untuk meningkatkan kehidupan termasuk mempelajari pelbagai kemahiran, pendidikan dan kesihatan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu, ribuan pelarian membantah penempatan mereka di pulau tersebut yang disifatkan tidak selamat kerana berisiko tinggi dilanda banjir dan ribut.
Kerajaan Bangladesh bercadang untuk memindahkan 100,000 pelarian Rohingya ke pulau tersebut secara berperingkat.
Langkah itu diambil bagi mengurangkan kepadatan pelarian di beberapa kem yang disediakan di daerah Cox’z Bazar.