Bercakap secara berbisik selepas hilang suara akibat CFS - Utusan Malaysia

Bercakap secara berbisik selepas hilang suara akibat CFS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Seorang remaja perempuan hanya mampu berkomunikasi secara berbisik selepas kehilangan suara akibat penyakit misteri yang dialaminya beberapa tahun lalu.

Grace Burke-Whyte berusia 16 tahun ketika dia mengalami keletihan luar biasa, kehilangan suara dan tidak mampu menggunakan kedua-dua tangannya dengan baik.

Akibat keadaan itu, Grace hanya terlantar atas katil selama beberapa bulan, selain doktor juga tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit yang dialami remaja tersebut.

Kini, Grace sudah berusia 22 tahun dan hanya mampu bercakap secara berbisik.

“Saya merupakan remaja yang aktif dan apabila kehilangan upaya bergerak dan suara, keadaan itu amat menyedihkan saya.

“Apa yang paling menyedihkan, saya dan keluarga tidak tahu punca penyakit ini,” katanya.

Namun, selepas beberapa tempoh, Grace akhirnya disahkan menghidap penyakit Sindrom Kelesuan kronik (CFS).

Gadis itu memberitahu, selepas penyakitnya didiagnosis, keadaannya termasuk suara sudah beransur pulih.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya