Benua Afrika berdepan gelombang Covid-19 paling teruk - Utusan Malaysia

Benua Afrika berdepan gelombang Covid-19 paling teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Afrika kini berdepan dengan gelombang jangkitan Covid-19 yang disifatkan paling ‘ganas’, menyaksikan jumlah kemasukan pesakit ke hospital menjadi semakin tidak terkawal.

Program vaksinasi yang jauh ketinggalan juga menyaksikan benua itu terus ‘dimamah koronavirus tanpa kawalan’.

Afrika dilaporkan menjadi antara benua paling tidak terjejas teruk akibat Covid-19 dengan 5.3 juta kes dan 139,000 kematian.

Namun, kes jangkitan Covid-19 mula meningkat secara drastik di 12 negara Afrika dan keadaan dijangka terus memuncak dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Afrika, Matshidiso Moerti berkata, gelombang ketiga ini bergerak sangat pantas dan menular seperti tiada halangan.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, John Nkengasong menyifatkan situasi ketika ini ‘amat memusnahkan’.

Varian Delta yang ditemukan di India sudah menula di 14 negara Afrika, menyaksikan peningkatas kes di Republik Demokratik Congo dan Uganda.

Namibia dan Zambia juga merekodkan pertmbahan kes dengan para petugas perubatan bertungkus-lumus merawat pesakit Covid-19 yang terus bertambah setiap hari.

Sementara itu, bekalan vaksin yang tidak mencukupi susulan masalah logsitik memburukkan lagi pandemik Covid-19 di benua Afrika. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya