Bekas tentera tembak mati pesakit Covid-19 di Thailand - Utusan Malaysia

Bekas tentera tembak mati pesakit Covid-19 di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang bekas anggota tentera melepaskan tembakan di sebuah hospital lapangan yang menempatkan pesakit Covid-19 di Thailand hari ini.

Kejadian itu menyaksikan seorang pesakit Covid-19 berusia 54 tahun maut.

Menurut polis, suspek yang berusia 23 tahun percaya semua pesakit di hospital berkenaan yang terletak di Pathum Thani berhampiran bangkok merupakan penagih dadah dan dia bencikan golongan tersebut.

Hospital lapangan itu sebelum ini pernah dijadikan sebagai pusat pemulihan dadah dan diubah untuk merawat pesakit Covid-19.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek yang memakai uniform tentera memasuki hospital lapangan tersebut.

Beberapa jam terdahulu, suspek menembak mati seorang pekerja kedai serbaneka di Bangkok selepas bertengkar dengan mangsa.

Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan. – REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya