Bekas pekerja makmal biar 100 tikus mati kelaparan - Utusan Malaysia

Bekas pekerja makmal biar 100 tikus mati kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Seorang bekas pekerja universiti bakal berdepan hukuman penjara selepas didakwa membiarkan 100 ekor tikus mati kelaparan di sebuah makmal di sini.

Lapor Metro, kesemua tikus berkenaan tidak diberi makanan serta minuman selama tujuh hari dan mati akibat kehausan di dalam makmal uji haiwan di Universiti Perubatan Vienna.

Insiden yang berlaku pada November 2020 itu dibongkar oleh kumpulan aktivis haiwan dari Tierschutz dan mendakwa bekas pekerja tersebut melanggar Akta Kebajikan Haiwan.

Jika disabit kesalahan, bekas pekerja makmal itu boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Terdahulu, bekas pekerja tersebut memohon maaf atas tindakannya.

Aktivis di Persatuan Menentang Kilang Haiwan, Roland Hoog berkata, tindakan membiarkan kesemua tikus berkenaan mati kelaparan amat kejam.

“Tikus tidak akan mati akibat haus dan lapar dalam tempoh satu malam dan keadaan itu perlu berlarutan sehingga haiwan berkenaan mati.

“Bolehkah anda bayangkan bagaimana terseksanya tikus terbabit sehingga mati?,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya