LONDON: Seorang jururawat memfailkan saman terhadap Royal British Legion kerana mendakwa wujud diskriminasi terhadap dirinya selepas rakan sekerjanya menghantar kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran.
Lapor Mirror, kad ucapan itu tertera ayat ‘ia bukan tentang umur, tetapi tentang sikap’.
Kad yang dikirim itu turut meletakkan gambar jururawat yang sudah bersara itu menunggang motosikal.
Eileen Gleeson, 58, berkata, dia berasa tersinggung dengan kad itu yang disifatkannya sebagai tidak profesional dan satu bentuk penghinaan.
Disebabkan itu, dia mengemukakan saman terhadap persatuan kebajikan veteran ke tribunal pekerja.
Namun, wanita itu gagal dalam tuntutan saman selepas hakim membuat keputusan ia bukan satu bentuk diskriminasi terhadap umur seseorang.