Beg tangan mewah Hermes punca banyak perceraian di England - Utusan Malaysia

Beg tangan mewah Hermes punca banyak perceraian di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pandemik Covid-19 di England menyaksikan banyak pasangan suami isteri bercerai hanya kerana barangan berjenama mewah termasuk beg tangan.

Kebanyakan golongan isteri di negara ini menjadi obses terhadap beg tangan mewah yang menelan belanja ribuan pound.

Pada tahun lalu, empat daripada 10 pasang suami isteri bercerai di England dan Wales susulan masalah kewangan yang perlu diselesaikan di mahkamah.

Mahkamah terpaksa masuk campur selepas ada pasangan suami isteri yang ingin bercerai tidak boleh membuat keputusan siapa di antara mereka yang akan menyimpan beg tangan jenama mewah Hermes, jam tangan Rolex dan kasut Louboutin.

Peguam perceraian, Alison Fernandes berkata, pasangan suami isteri yang bakal bercerai menegaskan jumlah duit yang dibelanjakan untuk membeli barangan jenama mewah perlu diambil kira bagi menentukan bagaimana harta sepencarian mereka akan dibahagikan.

Katanya, beg tangan mewah jenama Hermes menjadi pilihan paling banyak pasangan suami isteri di England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya