BAITULMUQADDIS: Sebuah klip video berdurasi 23 saat menunjukkan seorang bayi lelaki meraung kesakitan akibat terkena gas pemedih mata di Kampung Kafr Qaddum di Tebing Barat.
Video yang dikongsikan oleh Quds News Network itu menunjukkan dua petugas bulan sabit merah Palestin berusaha menenangkan bayi itu yang berasa pedih di bahagian mata.
Klip video itu secara jelas menunjukkan Zionis Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata selepas pertempuran selama 11 hari berlaku di wilayah bergolak itu.
Namun, siri penindasan, penangkapan dan pengusiran penduduk semakin giat dijalankan tanpa sekelumit rasa kemanusiaan.
Semalam, berpuluh-puluh penduduk Palestin mengadakan demonstrasi menentang hasrat Israel meluaskan penjajahan mereka sehingga mengorbankan tanah penduduk berdekatan Beita, di selatan Nablus.
Watch | A #Palestinian toddler sustained suffocation today from teargas today during an Israeli military attack on the village of Kafr Qaddum in the occupied West Bank. pic.twitter.com/k3IhmzYKGq
— Quds News Network (@QudsNen) June 11, 2021