NEW YORK: Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila mendapati anak yang baru dilahirkan menghidap lima kecacatan dan komplikasi berbeza pada bahagian jantung.
Sejak dilahirkan pada 23 Februari 2018, bayi bernama Jaxon Emberton itu belum mampu melihat wajah kedua-dua ibu bapannya.
Kini, selepas mencecah usia tiga tahun, kanak-kanak bertuah itu akhirnya mampu menatap wajah ibu bapanya buat pertama kali selepas dipakaikan cermin mata baharu.
Bayi itu disahkan menghidap sindrom DiGeorge dan melalui pembedahan jantung pertama semasa 11 hari dilahirkan.
Pembedahan kedua pula dilakukan selepas enam minggu selepas itu.
Pada mulanya, Charles Emberton dan Cassie Booth tidak mempercayai anaknya mempunyai masalah penglihatan sehingga doktor memaklumkan bayi itu tidak dapat melihat dengan jelas.
Sindrom DiGeorge adalah penyakit yang terjadi akibat kelainan genetik. Penyakit ini berlaku ketika terdapat kehilangan komponen genetik tertentu pada kromosom.
Akibat masalah genetik tersebut, anak yang dilahirkan dengan kondisi itu akan mengalami banyak gangguan kesihatan.
Satu klip video menunjukkan bayi itu tersenyum mnelihat kedua-dua ibu bapanya semasa memakai cermin mata baharu di hospital.
“Semasa kami meletakkan kaca mata kepadanya, itu adalah pengalaman yang paling menakjubkan apabila melihat wajah kecilnya dan ketika itu dia dapat melihat dunia buat pertama kali,” kata Emberton.