LONDON: Anak kepada Bintang pop terkenal, Martin Kemp disahkan sebagai jutawan muda selepas akaun bank miliknya memiliki simpanan sebanyak tujuh angka.
Roman, 28, merupakan penyampai radio di Capital FM mengikat kontrak dengan jenama terkenal seperti Marks&Spencer dan diundang membuat persembahan dalam rancangan hujung minggu ITV.
Sumber terdekat kepada pasangan anak beranak itu berkata, mereka dibanjiri dengan tawaran bagi membintangi kempen iklan, lapor Daily Mail.
Mereka mempunyai ejen sama yang menguruskan tawaran pekerjaan, Insanity Group yang beroperasi di London.
Awal tahun ini, M&S melantik Roman yang mempunyai pengikut Instagram seramai 1.4 juta sebagai model koleksi pakaian dalam lelaki.
Pakar industri menjangka kontrak perjanjian itu bernilai 150,000 pound (RM857,000).
Sebelum ini, pasangan selebriti anak beranak turut mencuri tumpuan seperti Bradley Walsh, 61, dan anak lelakinya Barney, 23, mengadakan tiga siri rancangan realiti Bradley Walsh & Son: Breaking Dad.
Pelakon komedi, Jack Whitehall, 32, turut berlakon bersama ayahnya, Michael, 81.