Bank Dunia, Kesatuan Afrika bekerjasama edar vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Bank Dunia, Kesatuan Afrika bekerjasama edar vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bank Dunia dan Kesatuan Eropah memaklumkan mereka akan bekerjasama untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada 400 juta atau 30 peratus penduduk di seluruh Afrika.

Kerjasama itu bagi mencapai sasaran 60 peratus penduduk di benua tersebut menerima suntikan vaksin menjelang 2022.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi itu bersetuju untuk memenuhi keperluan vaksin bagi Pasukan Tugas Pemerolehan Vaksin Afrika (AVATT).

Inisiatif itu akan mengukuhkan lagi program perkongsian vaksin, COVAX yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bank Dunia sudah bersedia untukmenyokong semua negara Afrika menerusi kerjasama ini.

“Semua negara Afrika memerlukan bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi dan dalam kadar segera,” kata Presiden Bank Dunia, David Malpass. – REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya