JEDDAH: Bakal jemaah yang sudah menerima permit bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini perlu mengunjungi pusat pember ian vaksin terdekat untuk menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Suntikan vaksin itu perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas permit haji dikeluarkan.
Menjadi satu daripada syarat utama, semua bakal haji perlu menerima suntikan vaksin sebelum ibadah haji bermula pad Julai ini.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan, bakal jemaah tidak memerlukan tarikh janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam kadar segera.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 17.2 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk di negara ini dan menegaskan tiada seorang pun meninggal dunia selepas menerima vaksin. – AGENSI