Babi Pygmy spesies babi terkecil dunia - Utusan Malaysia

Babi Pygmy spesies babi terkecil dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Spesies babi paling kecil di dunia dilaporkan muncul kembali dalam habitat asal selepas berdepan dengan kepupusan.

Babi Pygmy dewasa hanya mempunyai ketinggian kira-kira 25 sentimeter dengan berat bawah 10 kilogram,.

Haiwan kecil itu ditemukan pada 1970-an selepas banyak pihak menjangkakan ia sudah pupus.

Pasukan pemuliharaan berusaha membiakkan babi tersebut pada 1990-an bagi meningkatkan populasinya.

menurut National Geographic, spesies berkenaan sering ditemukan di negeri assam di India.

Dianggarkan terdapat kira-kira 300 hingga 400 ekor babi Pygmy liar di dalam hutan.

Pengarah Projek Pemuliharaan Babi Pygymy, Parag Deka berkata, projek berkenaan manyasarkan untuk melepaskan kira-kira 60 ekor haiwan tersebut ke dalam taman negara Manas dalam tempoh lima tahun.

Secara keseluruhan, sebanyak 130 ekor babi Pygmy sudah dilepaskan di Manas dan taman negara Orang antara 2008 dan 2020. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya