Aung Hlaing hadir persidangan keselamatan di Rusia - Utusan Malaysia

Aung Hlaing hadir persidangan keselamatan di Rusia

MIN AUNG HLAING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dilaporkan berada di Rusia bagi menghadiri persidangan keselamatan.

Ia merupakan lawatan kedua Aung Hlaing ke luar negara sejak pemimpin itu mengambil alih pemerintahan Myanmar menerusi rampasan kuasa.

Lapor media tempatan MRTV, Aung Hlaing berlepas dari Naypyidaw semalam dengan menaiki penerbangan khas untuk menghadiri Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow.

Menurut laporan itu, pemimpin junta berkenaan menghadiri persidangan tersebut atas jemputan Menteri Pertahanan Rusia.

“Beliau disambut oleh Duta Besar Russia di Myanmar di lapangan terbang,” jelas MRTV.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan maklumat lanjut mengenai tempoh lawatan Aung Hlaing ke Rusia, yang merupakan sekutu dan pembekal senjata terbesar kepada tentera Myanmar.

Kedutaan Myanmar di Rusia mengesahkan ketibaan Aung Hlaing kepada agensi berita tempatan, RIA Novosti.

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi dan kerajaan pentadbiran parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pada Februari lalu.

Hampir setiap hari penduduk Myanmar mengadakan tunjuk perasaan di sekitar jalanan menuntut pengembalian semula demokrasi dan menentang tindakan kekerasan pasukan keselamatan sehingga menyebabkan lebih 800 meninggal dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya