AS sekat laman web berita Iran - Utusan Malaysia

AS sekat laman web berita Iran

IMEJ yang diambil daripada laman sesawang yang disekat oleh AS. -LAMAN WEB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) menyekat 36 laman web Iran yang didakwa menyalurkan maklumat tidak betul.

Laman web itu termasuk media Iran berbahasa Inggeris, Press TV, saluran berita satelit Al-Masirah milik pemberontak Houthi dan televisyen Iran berbahasa Arab, Al-Alam.

Notis itu memaklumkan laman web itu disekat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh Biro Industri dan Keselamatan AS, Pejabat Penguatkuasaan Eksport dan Biro Penyiasatan Persekutuan.

Kerajaan AS turut menyekat dan mengambil alih domain laman web Palestine Today yang memaparkan berita mengenai pejuang Hamas.

Oktober lalu, Jabatan Keadilan mengumumkan sudah menyekat lebih 100 laman web berkaitan Revolusi Iran.

Menurut AS, laman web tersebut beroperasi untuk melancarkan kempen menyebarkan maklumat yang salah kepada global bagi mempengaruhi dasar AS dan mendorong propaganda Iran ke seluruh dunia.

Tindakan itu dilakukan hanya sehari selepas keputusan pilihan raya Presiden Iran yang menyaksikan ulama ultra konservatif, Ebrahim Raisi memenangi pemilihan itu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya