AS sedia terima kemasukan pelancong Britain pada musim panas ini - Utusan Malaysia

AS sedia terima kemasukan pelancong Britain pada musim panas ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penasihat pandemik di Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci menyatakan penduduk Britain boleh memasuki AS menjelang hujung musim panas tahun ini.

Kerajaan United Kingdom (UK) juga mempertimbangkan untuk membenarkan penduduk yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 melancong ke luar negara.

Jelas Fauci, ‘ramalan’ mengenai kemasukan pelancong Britain ke AS dibuat selepas kerajaan UK melanjutkan sekatan Covid-19 sehingga 19 Julai ini.

“Selepas semakin ramai penduduk UK mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan, saya rasa UK akan menjadi negara zon hijau menjelang hujung musim panas ini.

“Namun, negara berpendapatan tinggi perlu bersatu membantu negara lain untuk memberi vaksin kepada penduduk mereka, atau varian baharu terus muncul dan merebak ke Britain atau AS,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan Britain turut meneliti pelan untuk membenarkan penduduk yang sudah menerima suntikan vaksin untuk melancong ke luar negara.

Jika pelan itu diluluskan, penduduk Britain boleh melancong ke negara Eropah dan AS tanpa perlu dikuarantin selepas pulang ke negara ini.

Antara negara yang mungkin boleh dikujungi rakyat Britain termasuk Sepanyol, Portugal, Greece dan AS.

Rancangan itu turut disokong oleh Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya