AS lancar serangan udara di sempadan Iraq-Syria - Utusan Malaysia

AS lancar serangan udara di sempadan Iraq-Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militia pro-Iran di sempadan Iraq-Syria, semalam.

Lapor BBC, Pentagon menerusi kenyataan memaklumkan serangan udara itu menyasarkan fasiliti menyimpan bekalan senjata.

Menurut Pentagon, serangan udara itu menyasar dua lokasi sasaran di Syria dan satu lagi di Iraq.

Jelas kenyataan itu, kumpulan militia disokong Iran termasuk Kataib Hezbollah dan Kataib Sayyid al-Shuhada menggunakan fasiliti tersebut.

Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap serangan dron ke atas pasukan tentera AS.

Jelas Pentagon, Presiden, Joe Biden akan bertindak untuk melindungi semua anggota tentera AS.

Setakat ini, Pentagon tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan tersebut.

Namun, sebuah badan pemantau mendakwa sebanyak lima anggota militan terbunuh.

Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights menyatakan beberapa lagi anggota militan cedera di Syria dalam serangan dilancarkan oleh pesawat perang AS.

Agensi berita Sana melaporkan seorang kanak-kanak kecil maut dan sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam insiden tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya