AS kutuk pencerobohan tentera China di ruang udara Malaysia - Utusan Malaysia

AS kutuk pencerobohan tentera China di ruang udara Malaysia

Pesawat Luyshin LL-76 tentera udara China yang dipintas TUDM selepas menceroboh ruang udara negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Komander Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat (AS) mengkritik tindakan ketenteraan China yang menceroboh ruang udara Malaysia dan Taiwan, dengan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan sengaja’ dan ingin mencetuskan ketidakstabilan.

Sebanyak 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lalu.

Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, tindakan agresif China yang semakin berani menceroboh ruang udara negara lain boleh ‘ditambah dalam senarai tindakan provokasi dan tidak stabil Beijing’ di rantau ini.

“Kita seharusnya mengaku kesalahan sekiranya kita memasuki tempat yang tidak sepatutnya, termasuk menceroboh ruang udara negara lain,” katanya.

Beijing sebelum ini mendakwa 16 pesawat tersebut hanya melakukan rutin latihan penerbangan dan tidak menceroboh ruang udara mana-mana negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya