AS disindir sumbang hanya 80 botol vaksin ke Trinidad dan Tobago - Utusan Malaysia

AS disindir sumbang hanya 80 botol vaksin ke Trinidad dan Tobago

PENGUMUMAN sumbangan vaksin Covid-19 yang dibuat oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Trinidad dan Tobago menerusi Twitter. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) didakwa menyumbang hanya 80 botol vaksin Covid-19 keluaran Pfizer kepada Trinidad dan Tobago.

Jumlah itu dilihat tidak masuk akal memandangkan negara tersebut mempunyai jumlah penduduk seramai lebih 1.3 juta orang.

Lapor agensi berita Sputnik News, perkara itu dimaklumkan oleh Kedutaan AS di negara kepulauan berkenaan menerusi Twitter.

Berdasarkan kaedah penggunaan, sebotol vaksin Pfizer hanya mengandungi lima hingga enam dos.

Sehubungan itu, banyak pengguna media sosial berkenaan membuat spekulasi mengenai perkara tersebut.

Ada yang beranggapan kedutaan AS tersalah menulis angka tersebut yang mungkin sebenarnya adalah sebanyak 80,000.

Selain itu, ada juga dalam kalangan pengguna Twitter yang membandingkan jumlah pemberian vaksin oleh AS dan China.

Jurucakap kerajaan China, Fang Qiu berkata, China setakat ini sudah menyumbang kira-kira 300,000 dos vaksin Sinopharm kepada negara tersebut.

Kali terakhir China menghantar vaksin ke Trinidad dan Tobago adalah sebanyak 200,000 dos baru baru ini dengan penghantaran fasa pertama berjumlah 100,000 dos pada Mei lalu.

Sebelum itu, Trinidad dan Tobago turut menerima 33,600 dos vaksin sumbangan program COVAX dan 40,000 dos vaksin AstraZeneca dari India.

Pada bulan lalu, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan Washington akan menyumbang sebanyak 80 juta dos vaksin ke beberapa negara yang memerlukan.

Menurut White House, sekitar 20 juta dos dari jumlah tersebut adalah vaksin Pfizer, Moderna dan Johnson&Johnson, manakala, selebihnya adalah vaksin keluaran AstraZeneca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya