Arab Saudi perketat SOP Covid-19 di masjid - Utusan Malaysia

Arab Saudi perketat SOP Covid-19 di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi meningkatkan kawalan protokol kesihatan di seluruh masjid di negara itu susulan perkembangan baharu penularan wabak Covid-19.

Arab News melaporkan, Menteri Hal Ehwal Islam dan Dakwah mengeluarkan protokol yang mengandungi beberapa perubahan.

Katanya, semua langkah pencegahan mesti diambil serius termasuk pemakaian pelitup muka dan membawa sejadah bagi kegunaan sendiri.

“Jemaah perlu mengelakkan diri daripada bersesak-sesak ketika memasuki atau keluar dari masjid serta mengamalkan penjarakan fizikal dalam satu meter antara jemaah lain,” katanya.

Menurut pihak kementerian, setiap masjid perlu mematuhi peraturan jarak masa antara azan dan iqamah iaitu 20 minit bagi solat fardu, 25 minit sebelum solat Subuh dan 10 minit bagi solat Maghrib.

Jelasnya, masjid akan dibuka sejam awal pada hari Jumaat dan ditutup 30 minit selepas selesai solat.

Malah katanya, jemaah perlu membawa sendiri al-Quran, manakala, kelas pengajian dan tazkirah dibenarkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya