SURFSIDE: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak runtuhan kondominium di Florida masuk hari keempat hari ini, menyaksikan sebanyak sembilan mangsa disahkan maut dan lebih 150 hilang.
Pasukan penyelamat masih berharap dapat menemukan mangsa terselamat walaupun berdepan dengan tekanan dari keluarga mangsa dan masa yang semakin suntuk.
Sejak insiden berlaku pada pagi Khamis lalu, proses SAR disifatkan terlalu perlahan dan keluarga mangsa terus resah menanti nasib insan tersayang mereka.
Punca runtuhan kondominium setinggi 12 tingkat itu sehingga kini masih belum diketahui.
Dalam pada itu, pihak berkuasa tidak menolak jumlah korban dan mangsa hilang akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Ketika operasi SAR dilakukan, anggota penyelamat turut menemukan cebisan badan manusia. – AP