Anak meninggal dunia terkejut bapa mati lemas - Utusan Malaysia

Anak meninggal dunia terkejut bapa mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUWANGI: Kisah tragis menimpa sebuah keluarga apabila bapa dan anak meninggal dunia selang beberapa jam pada hari yang sama.

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat lemas di sungai di Singorujuh, Banyuwangi kelmarin.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Nasihin, 60, ditemukan tenggelam di sungai.

Tidak lama kemudian, seorang anaknya, dikenali sebagai Nasida, 35, juga meninggal dunia selepas mengetahui bapanya lemas.

Nasida meninggal dunia kerana terlalu terkejut dengan berita kematian bapanya.

Ketua Polis Singojuruh, Abdul Rohman berkata, Nasihin pada mulanya memancing ikan di sungai Desa Kemiri.

“Sekitar pukul 5.30 petang, Nasihin dilaporkan belum pulang ke rumah dan keluarganya meminta bantuan penduduk kampung untuk mencarinya.

“Nasihin kemudiannya ditemukan lemas di sungai berkenaan dalam keadaan terlentang dan sudah meninggal dunia,” katanya.

Selepas mengetahui bapanya meninggal dunia, Nasida pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Setelah menjalani rawatan, keadaan Nasida semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia.

Keluarga mangsa reda dengan kejadian yang berlaku dan memaklumkan akan mengebumikan kedua beranak itu secara bersebelahan. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya