Amazon lupus jutaan produk tidak terjual setiap tahun - Utusan Malaysia

Amazon lupus jutaan produk tidak terjual setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Amazon dilaporkan ‘melupuskan’ jutaan barangan yang tidak terjual setiap tahun, termasuk televisyen pintar dan komputer riba.

Satu siasatan yang dilakukan oleh ITV menunjukkan sejumlah barangan yang tidak terjual dikumpul di sebuah pusat pengedaran di United Kingdom (UK).

Siasatan itu mendedahkan sejumlah produk baharu yang masih belum dibuka bungkusannya akan dipilih dan dimasukkan ke dalam kotak bertulis ‘dimusnahkan’.

Antara barangan yang sering dilupuskan termasuk dron, alat pengering rambut, fon telinga dan buku.

Seorang bekas pekerja Amazon yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, petugas syarikat e-dagang itu perlu ‘melupuskan kira-kira 130,000 barangan setiap minggu’.

“Sehingga kini saya tidak tahu kenapa berangan yang masih elok dan belum digunakan itu perlu dimusnahkan.

“Secara keseluruhannya, hampir 50 peratus barangan yang dilupuskan itu belum dibuka, selebihnya adalah produk yang dipulangkan dalam keadaan baik,” katanya.

Bekas pekerja itu juga mempersoalkan kenapa kesemua barangan yang masih elok itu perlu dilupuskan, sedangkan boleh disumbang kepada badan kebajikan atau pihak yang memerlukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya