Alat pengunci mulut bantu turunkan berat badan - Utusan Malaysia

Alat pengunci mulut bantu turunkan berat badan

ALAT pengunci mulut dihasilkan sekumpulan pakar untuk menurunkan berat badan. - UNIVERSITY OF OTAGO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Dalam usaha mengatasi krisis berat badan berlebihan, sepasukan penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand dan United Kingdom mencipta peralatan mengunci mulut dari makan. 

Lapor Metro, peralatan yang dikenali sebagai The Dental Slim Diet Control merupakan alat yang dihasilkan oleh pakar pergigian yang dipasang di antara gigi atas dan bawah seseorang. 

Ia menggunakan alat magnet dengan pengunci yang dihasilkan khas untuk memastikan anda tidak boleh makan. 

Peralatan itu masih selamat kerana tidak menutup rahang anda sepenuhnya dan mempunyai ruang dua milimeter di sebelah kiri untuk bernafas, bercakap dan minum. 

Menurut syarikat itu, peserta percubaan di Dunedin berjaya menghilangkan purata berat badan dalam 6.36 kilogram selama dua minggu.  

Ketua Penyelidik yang juga Naib Canselor Universiti Otago, Prof. Paul Brunton berkata, peralatan itu adalah berkesan, selamat dan berpatutan bagi individu yang mahu menurunkan berat badan. 

“Alat itu dipasang oleh doktor gigi yang boleh dibuka oleh seseorang ketika waktu kecemasan serta dipasang atau ditanggalkan semula. 

“Halangan utama untuk setiap orang menurunkan berat badan adalah disiplin dan alat ini membantu mereka membentuk tabiat baharu yang membolehkan mereka mematuhi diet rendah kalori untuk jangka waktu tertentu,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya