BELARUS: Seorang aktivis menikam tekaknya sendiri semasa sesi perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, Viasna 96, Steffan Latypov yang berdepan dakwaan menganjurkan protes bertindak demikian kerana menerima ancaman daripada pihak berkuasa terhadap ahli keluarganya sekiranya dia didapati tidak bersalah.
Lelaki itu turut berdepan pertuduhan melakukan penipuan yang dinafikannya.
Latypov ditahan pada 15 September tahun lalu selepas dia meminta pengenalan diri dari pihak polis yang mengawasi lukisan mural politik di Minsk.
Viasna 96 turut memaklumkan Latypov menjalani pembedahan selepas dia mencederakan diri sendiri dan tidak mengalami sebarang kerosakan pada organ pentingnya.
Lelaki itu antara kalangan aktivis, wartawan serta penunjuk perasaan yang menghadapi pertuduhan di Belarus.
Sementara itu, aktivis pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya mengesa supaya keganasan, penindasan dan penyiksaan terhadap orang awam dihentikan segera. – AGENSI