8 Cheetah diterbangkan ke India - Utusan Malaysia

8 Cheetah diterbangkan ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebanyak lapan harimau bintang atau dikenali sebagai cheetah akan diterbangkan sejauh 8,405 kilometer (km) dari Afrika Selatan ke pusat perlindungan baharu di taman negara India, November depan.

Lapor BBC, haiwan yang terdiri daripada lima spesies jantan dan tiga spesies betina itu akan membuat kemunculan semula di India selepas lebih separuh abad ia diancam kepupusan di negara ini.

Dekan Insitut Haiwan Liar India, Yadvendraev Jhala berkata, perpindahan itu mencatatkan sejarah buat pertama kali di dunia haiwan karnivor paling banyak dipindahkan dari satu kawasan ke tempat perlindungan lain.

“Akhirnya kita mempunyai sumber dan habitat untk memperkenalkan semula binatang itu,” katanya,.

Sebilangan besar 7,000 haiwan darat paling laju di dunia itu boleh ditemui di Afrika Selatan, Namibia dan Botswana.

Binatang yang terancam itu dilaporkan kali terakhir dilihat di India pada 1967 hingga 1968.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya