53 pondok kem pelarian Rohingya di Delhi terbakar - Utusan Malaysia

53 pondok kem pelarian Rohingya di Delhi terbakar

TANGKAP layar gambar menunjukkan kebakaran di kem pelarian Rohingya di Sarita Vihar, Delhi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebanyak 53 pondok di kem pelarian Rohingya yang terletak di Sarita Vihar, tenggara Delhi musnah dalam kebakaran yang berlaku semalam.

Bagaimanapun, tiada kes kematian mahupun kecederaan dilaporkan.

Lapor The Indian Express, polis berkata, siasatan mendapati kebakaran di kem pelarian itu dipercayai akibat litar pintas.

Menurut Jabatan Bomba Delhi (DFS), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kawasan Kalindi Kunj di Madanpur Khadar kira-kira 11.54 malam (waktu tempatan).

Jelas DFS, pada mulanya, anggota bersama tujuh jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Namun, selepas api kebakaran semakin marak, pihaknya terpaksa menghantar lima lagi jentera.

Tambah DFS, pasukan bomba mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan kebakaran tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya