450,000 permohonan haji diterima dalam tempoh 24 jam - Utusan Malaysia

450,000 permohonan haji diterima dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Menteri Haji dan Umrah memaklumkan pihaknya menerima lebih 450,000 permohonan untuk mengerjakan ibadah haji dalam tempoh 24 jam selepas portal dalam talian dibuka.

Lapor Arab News, sebanyak 60 peratus merupakan bakal jemaah haji lelaki yang membuat pendaftaran itu, sementara, 40 peratus adalah wanita.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdulfattah Mashat berkata, hanya individu berusia 18 tahun ke atas dibenarkan memasuki Masjidil Haram bagi musim haji kali ini.

Katanya, kanak-kanak tidak dibenarkan kerana mereka tidak tergolong dalam senarai penerima vaksin.

“Keutamaan akan diberikan kepada individu berusia lebih 50 tahun ke atas yang belum pernah mengerjakan haji,” katanya menerusi temubual dengan saluran televisyen Al-Ekhbariya.

Pendaftaran ibadah haji tahun ini hanya dibenarkan kepada 60,000 jemaah yang merupakan rakyat tempatan dan penduduk luar yang tinggal di Arab Saudi disebabkan pandemik Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya