43,000 kanak-kanak AS kematian ibu bapa akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

43,000 kanak-kanak AS kematian ibu bapa akibat Covid-19

RODRIGO Guerra (kiri) maut akibat Covid-19, dua hari selepas anaknya menyambut hari jadi pertama pada Disember lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anak lelaki Ebony James yang berusia 20 sering habiskan masa selama beberapa jam di dalam kereta, manakala anak perempuannya berumur lapan tahun pula enggan tidur dalam bilik sendiri selepas bapanya tidak lagi membacakan buku cerita.

Situasi canggung itu berlaku selepas kematian bapa mereka, Terrence, 49 akibat Covid-19 pada Februari lalu.

EBONY James kehilangan suaminya, Terrence akibat Covid-19 pada Februari lalu. – AGENSI

“Reaksi mereka berbeza dengan saya. Anak-anak saya akan mengelak daripada bercakap tentang mendiang bapa mereka dan keadaan itu amat menyedihkan kerana kami terlalu rindukan Terrence,” kata Ebony, 49.

Dianggarkan 43,000 kanak-kanak di seluruh Amerika Syarikat (AS) kematian sekurang-kurangnya ibu atau ayah dan kedua-duanya akibat Covid-19 sehingga Februari lalu.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh JAMA Pediatrics, kehilangan ibu bapa bukan hanya tragedi menyedihkan untuk kanak-kanak, malah boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.

Ketua penyelidik, Emily Smith-Greenaway dari Universiti California Selatan berkata, kebanyakan kanak-kanak berdepan dengan kehilangan ibu bapa mereka secara ‘menyendiri dan lebih sukar berbanding sebelum pandemik’,

“Sebanyak 3,000 kanak-kanak kematian ibu bapa dalam kejadian 11 September 2001, namun mereka memperoleh pelbagai faedah termasuk pampasan dan biasiswa pendidikan.

“Kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat Covid-19 tidak akan menerima semua bantuan itu,” ujarnya

Kajian itu juga mendapati kanak-kanak kulit hitam paling terjejas dengan 20 peratus daripadanya kehilangan ibu bapa.

Dalam pada itu, Laura Guerra memberitahu suaminya, Rodrigo maut akibat Covid-19 dua hari selepas anak perempuan mereka, Emilia meraikan hari jadi pertama.

“Saya ingat lagi bagaimana saya mengetuk tingkap wad suami memintanya sedarkan diri dan jangan tinggalkan kami, namun dia tetap pergi,” ujarnya.

Kematian suaminya menyaksikan Guerra perlu bekerja keras untuk membesarkan anaknya, malah terpaksa menjual rumah dan kereta.

Bagi Pamela Addison, dia tidak pernah menyangka akan menjadi balu pada usia 37 tahun selepas kematian suami akibat Covid-19.

PAMELA Addison merakam gambar kenangan dengan Martin sebelum dia meninggal dunia akibat Covid-19. – AGENSI

“Siapa mahu menjadi balu, terutamanya ketika anak-anak masih kecil dan kini semua beban di bahu saya. Kalaulah masa boleh diputar semula,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya