43 maut dalam serangan udara di Tigray, Ethiopia - Utusan Malaysia

43 maut dalam serangan udara di Tigray, Ethiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 43 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah pasar di pekan Togoga di wilayah Tigray, Ethiopia.

Pegawai perubatan mengesahkan jumlah kematian itu dengan memetik saksi dan anggota kecemasan.

Serangan itu berlaku sehari selepas penduduk mendakwa pertempuran baharu meletus di utara Mekelle sejak beberapa hari lalu.

Menurut seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang (waktu tempatan).

Wanita itu mendakwa suami dan anak perempuannya berusia dua tahun turut cedera dalam serangan tersebut.

“Kami tak nampak pesawat itu tetapi hanya terdengar bunyi letupan.

“Ketika letupan berlaku, semua orang berlari keluar dan kemudian kembali semula untuk membantu mangsa yang cedera,” katanya.

Jelas wanita itu, pasar itu dipenuhi dengan penduduk yang datang bersama keluarga mereka dan tiada pasukan tentera berada di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap tentera Ethiopia, Kolonel Getnet Adane tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu.

Beliau memaklumkan serangan udara merupakan ketenteraan biasa dan pasukan pertahanan tidak akan sesekali menyerang orang awam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya