41 tahun tinggal dalam hutan, lelaki suka makan kepala tikus - Utusan Malaysia

41 tahun tinggal dalam hutan, lelaki suka makan kepala tikus

HO VAN LANG ibarat tarzan dalam hutan di Vietnam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Akibat membesar selama 41 tahun di dalam hutan, seorang lelaki tidak mampu membezakan golongan wanita dengan lelaki.

Apabila Ho Van Lang, 49, ditanya sama ada dia mengetahui tentang wanita, katanya, ayahnya tidak pernah menjelaskan tentang hal itu. 

Sepanjang hidupnya, Lang dan keluarganya hanya pernah melihat seramai lima orang wanita sahaja. 

Seorang lelaki yang berjaya mengesan keluarga itu pada 2015, Alvaro Cerezo berkata, mereka sekeluarga sering melarikan diri apabila terlihat orang lain. 

Lang bersama ayahnya, Ho dan abangnya, Tri menghabiskan sepanjang hidup mereka di dalam hutan di Vietnam. 

Ayahnya sehingga kini masih fobia untuk keluar dari kawasan hutan kerana tidak mempercayai peperangan di Vietnam sudah berakhir lama.  

Sejak empat dekad lalu, Lang dan keluarganya terpaksa menyesuaikan diri dan menjadi pemburu di dalam hutan.  

Keluarga itu menjadikan monyet, ular, cicak serta haiwan lain yang diburu sebagai sajian harian. 

Makanan kegemaran Lang pula adalah kepala tikus. 

Menurut Alvaro, Lang mempunyai banyak kekurangan kemahiran sosial dan menjadi cabaran terbesar baginya sejak mula tinggal bersama masyarakat. 

“Selain tidak boleh membezakan golongan lelaki dan wanita, lebih memeranjatkan dia langsung tidak mengetahui perbezaan antara dua jantina itu.

“Saya boleh sahkan Lang tidak mempunyai keinginan seksual. Malah, dia ibarat seperti bayi kecil dalam tubuh badan lelaki dewasa yang tidak mengetahui banyak konsep asas dalam kehidupan,” katanya. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya