3,787 tulang manusia milik 17 mangsa bunuh ditemukan di Mexico - Utusan Malaysia

3,787 tulang manusia milik 17 mangsa bunuh ditemukan di Mexico

ANGGOTA forensik mengambil gambar ketika siasatan di rumah suspek pembunuh bersiri di Atizapan de Zaragoza, Mexico. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sebanyak 3,787 serpihan tulang manusia ditemukan oleh pasukan penyiasat ketika kerja menggali dilakukan di sebuah rumah suspek pembunuh bersiri yang terletak di pinggir bandar Mexico City.   

Ribuan serpihan tulang yang dijumpai di rumah suspek berusia 72 tahun itu dilaporkan milik 17 mangsa yang berbeza.

Sejak kerja penggalian dilaksanakan pada 17 Mei lalu, pihak berkuasa negeri Mexico sudah menggali lantai rumah, tempat tinggal suspek tersebut.   

Pihak berkuasa kini merancang untuk melanjutkan pencarian dengan menggali bawah tanah beberapa bilik lain di hartanah yang sama.   

Dokumen pengenalan dan beberapa barang milik mangsa yang hilang beberapa tahun lalu, turut ditemukan di rumah tersebut.

Jumlah serpihan tulang yang dijumpai di bawah lantai konkrit di rumah suspek itu juga memberi bayangan mayat tersebut mungkin ditetak kepada bahagian kecil.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Andres itu merupakan penjual daging dan dia bakal menjalani perbicaraan kes pembunuhan mangsa terakhir iaitu seorang wanita berusia 34 tahun yang mayatnya dikerat menggunakan gergaji besi dan pisau, pada 14 Mei lalu. 

Andres ditahan kerana mangsa terbaharunya merupakan isteri kepada komander polis yang dikenali secara peribadi. – AP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya