3 tahun dirogol abang kandung sendiri - Utusan Malaysia

3 tahun dirogol abang kandung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang gadis berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol abang kandungnya selama tiga tahun di rumah sewa di Makarba, Ahmedabad.

Times of India melaporkan, mangsa bukan sahaja hilang dara angkara abangnya yang berusia 26 tahun, malah, turut diancam bunuh sekiranya mendedahkan perkara itu.

Menerusi laporan polis itu, remaja itu dikatakan dibawa tinggal bersama abangnya selepas kematian ibu dan bapanya.

Setelah mangsa tidak datang bulan selama tiga bulan, ibu saudara membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Mangsa diperkosa oleh abangnya buat kali pertama pada 29 Januari 2019 dan diugut bunuh sekiranya memberitahu mengenai perkara itu.

Mangsa kerap dirogol apabila mendapati dia keseorangan di rumah atau semasa isteri suspek sedang tidur.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya