3 maut 5 cedera parah, serangan pisau di Jerman - Utusan Malaysia

3 maut 5 cedera parah, serangan pisau di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WURZBURG: Seorang lelaki Somalia berusia 25 tahun menikam tiga orang sampai mati dan beberapa yang lain cedera di Barbarossa Square, bandar Wurzburg, 5 petang (waktu tempatan).

BBC melaporkan, suspek ditembak oleh pihak polis sebelum ditahan.

Menurut polis, suspek mengalami masalah mental dan pernah menerima rawatan psikiatri.

Lelaki itu dibawa ke hospital dan disoal siasat.

Pegawai polis turut menggeledah rumahnya dan menyiasat senarai kenalannya bagi tindakan lanjut.

Menteri Dalam Negeri, Joachim Herrmann berkata, seramai lima mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung untuk hidup.

Katanya, saksi kejadian memberitahu suspek menjerit ‘Allahu Akbar’ semasa melakukan serangan itu.

Namun, pihak polis berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan tiada satu kesalahan berkaitan serangan keganasan.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya