23 pendatang hilang, dua maut di luar pesisir Tunisia - Utusan Malaysia

23 pendatang hilang, dua maut di luar pesisir Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZARZIS: Sekurang-kurangnya 23 pendatang dilaporkan hilang dan dua mayat ditemukan di luar pesisir Tunisia, lapor pertubuhan Palang Merah.

Tentera laut Tunisia memaklumkan pihaknya memintas bot yang membawa lebih 100 pendatang asing.

Jelasnya, sebuah bot dari Zuwara, Libya yang menuju ke Eropah dipintas berhampiran pelantar minyak Miskar, kira-kira 67 kilometer di luar pesisir negara itu.

Pendatang itu terdiri daripada 37 penduduk Eritrea, 32 orang Sudan dan seorang dari Mesir yang berusia antara 15 dan 40 tahun.

Kesemua individu berkenaan telah diserahkan kepada Palang Merah dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi di pelabuhan selatan Zarzis.

Menurut tentera Tunisia, sebanyak 39 pendatang dari sub-Shara Afrika dipintas di laut di luar bandar pelabuhan timur Sfaz pada Isnin lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya