20 sukarelawan Palestin cedera - Utusan Malaysia

20 sukarelawan Palestin cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seramai 20 sukarelawan Bulan Sabit Merah mengalami kecederaan semasa diserang tentera Israel di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Quds News Network melaporkan, tentera Israel menyerang dengan membuat semburan lada, peluru logam bersalut getah serta bertindak memukul penduduk.

Tentera Israel serta penduduk di penempatan haram menyerang kawasan kejiranan awal pagi tadi.

Puluhan penduduk Israel melemparkan batu ke kawasan rumah sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di bahagian kepala.

Rakaman video menunjukkan penduduk Israel sengaja menghidupkan api dan mula membakar di kawasan kejiranan itu.

Seorang aktivis dari kawasan kejiranan itu, Muhammad Al-Kurd berkata, tentera Israel melemparkan bom asap di ruang tamu sebuah rumah, sementara, penduduk Israel membaling molotov cocktail ke rumah lain.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya