11 terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata di Nigeria - Utusan Malaysia

11 terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Sebanyak 11 orang terbunuh selepas sekumpulan bersenjata menyerang sebuah bandar di barat daya Nigeria, kata polis.

Butiran lanjut mengenai serangan yang berlaku di Igangan, Oyo masih dalam proses namun.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Afrika dilaporkan dilanda konflik selama bertahun-tahun antara penggembala nomad dan petani tempatan disebabkan akses terhadap sumber.

“Pada 5 Jun lalu, kira-kira pukul 11.10 malam (waktu tempatan), kumpulan bersenjata itu menyerang komuniti Igangan pada tengah malam.

“Sebanyak 11 orang termasuk beberapa penyerang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut,” kata jurucakap polis Oyo, Adewale Osifeso dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, beberapa bangunan termasuk istana pemerintah dan kenderaan musnah terbakar dalam kejadian itu.

Menurut polis, pihaknya telah mengerahkan beberapa untuk melakukan rondaan bagi mencegah pertempuran berlaku di kawasan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya