11 polis maut, empat hilang dalam serangan di Burkina Faso - Utusan Malaysia

11 polis maut, empat hilang dalam serangan di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 11 anggota polis terbunuh dan empat lagi dilaporkan hilang dalam serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di utara Burkina Faso.

Lapor Al Jazeera, Menteri Keselamatan Burkina Faso, Ousseini Compaore berkata, serangan hendap itu berlaku ketika anggota polis tersebut dalam misi bantuan ke Yirgou.

Yirgou merupakan sebuah pekan yang dilanda keganasan baru-baru ini.

“Operasi mencari bersama pasukan tentera sudah dijalankan sejak semalam,” kata Compaore.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Sejak 2015, Burkina Faso bergelut melawan serangan daripada kumpulan bersenjata di negara itu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,400 orang maut akibat serangan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya