Zoo Thailand mahu jual 11 ekor gajah - Utusan Malaysia

Zoo Thailand mahu jual 11 ekor gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah zoo di Thailand mengumumkan untuk menjual 11 ekor gajah bagi meningkatkan sumber pendapatan akibat masalah kewangan yang dihadapi susulan pandemik Covid-19.

Lapor Nation Thailand, Zoo Sriracha di wilayah Chonburi mengumumkan mengenai rancangan penjualan itu menerusi Facebook.

Zoo tersebut turut meminta pengumuman itu dikongsi dalam platform media sosial yang lain agar banyak pihak mengetahui tantang perkara berkenaan.

Pihak pengurusan zoo berkenaan mamaklumkan hasil penjualan 11 gajah terbabit akan digunakan untuk memulihkan semula masalah kewangan yang dihadapi.

Pada awal bulan ini, pemilik zoo tersebut, Sumeth Panyasakhon menafikan khabar angin mengenai rancangan menutup zoo berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya