GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan tentera Zionis Israel menyerang petugas perubatan di pos kawalan tentera Huwwarah di bandar Nablus, Tebing Barat menggunakan pisau.
Petugas perubatan tersebut bergegas ke pos kawalan itu bagi menyelamatkan penduduk Palestin yang mengalami kecederaan selepas diserang dalam kereta yang dipandunya.
Difahamkan, pemandu rakyat Palestin itu ditembak mati selepas keretanya melanggar kenderaan polis Israel di Sheikh Jarrah.
Tentera Israel melakukan operasi pencarian setiap hari di sepanjang kawasan jalan di Tebing Barat untuk menyerang penduduk Palestin.
Persatuan itu berkata, petugasnya menjadi mangsa sasaran dalam beberapa serangan oleh tentera Israel.
Sehingga kini, seramai 197 penduduk Palestin maut termasuk 58 kanak-kanak dan lebih 2,000 mangsa cedera. -AGENSI