Wartawan diberkas macam penjenayah - Utusan Malaysia

Wartawan diberkas macam penjenayah

ROMAN PROTASEVICH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELARUS: Pesawat Ryanair yang melakukan penerbangan dari Greece ke Lithuania terpaksa dilencongkan ke Belarus selama beberapa jam bagi memberkas seorang wartawan yang dilabelkan sebagai ‘pengganas’. 

Bekas editor kumpulan Nexta, Roman Protasevich, 26, ditahan sebelum pesawat yang membawa seramai 171 penumpang itu dibenarkan meneruskan perjalanan semula. 

Media Belarus melaporkan pasukan keselamatan MiG-29 turut mengekori pesawat itu ke Minsk kerana mendakwa terdapat ancaman bom, namun, tiada sebarang letupan berlaku. 

Pesawat itu akhirnya mendarat di ibu negara Lithuania, Vilnius yang merupakan destinasi asal pendaratan selepas mengalami kelewatan selama tujuh jam daripada dijadualkan. 

Nexta merupakan agensi berita pertama mendedahkan penangkapan wartawan itu. 

Katanya, pesawat itu digeledah sebelum Protasevich ditahan.

Wartawan itu pernah membuat liputan semasa Pilihan Raya Presiden 2020 sehingga dia didakwa atas pertuduhan jenayah oleh Belarus. 

REAKSI PENUMPANG 

Beberapa penumpang yang ditemui berkata, mereka tidak dibekalkan sebarang maklumat mengenai alasan pesawat tiba-tiba dilencongkan ke Minsk. 

Seorang penumpang, Monika Simkiene, 40, berkata, lelaki itu memalingkan muka daripada melihat orang lain kerana dia bakal berdepan hukuman mati.

Bagi Edvinas Dimsa, 37, lelaki itu kelihatan sangat takut dan saya amat sedih melihat dirinya.

“Seolah-olah kalau tingkap itu boleh dibuka sudah tentu dia akan melompat keluar,” katanya.

BAGAIMANA PESAWAT DILENCONGKAN? 

Pesawat FR4978 melakukan penerbangan dari Athens ke Vilnius sebelum dilencongkan ke Minsk ketika menghampiri sempadan Lithuania. 

Ryanair menerusi kenyataan berkata, kru kabin sudah dimaklumkan oleh Pengawal Trafik Udara Belarus berkenaan ancaman keselamatan dalam pesawat dan diarahkan mendarat ke lapangan terbang terdekat di Minsk. 

Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman ditemukan dan syarikat penerbangan itu memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kelewatan yang tidak disengajakan.

REAKSI PEMIMPIN DUNIA 

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin dunia yang menyifatkannya sebagai ‘rampasan’ dan ‘tindakan ganas’ termasuk Kesatuan Eropah. 

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Belarus, Julie Fisher menerusi ciapan dalam Twitter menyifatkan situasi itu sangat menjijikkan apabila membuat dakwaan ancaman bom bagi menangkap seorang wartawan dengan menghantar jet pejuang. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg berkata, insiden itu sangat serius dan berbahaya. 

Latvia dan Lithunia pula melabelkan ruang udara Belarus sebagai tidak selamat dan Menteri Luar Latvia, Edgars Rinkevics berkata, negara itu akan menutup semua penerbangan antarabangsanya ke sana.  

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya