Wanita 'santai' tengok rumah terbakar - Utusan Malaysia

Wanita ‘santai’ tengok rumah terbakar

TANGKAP layar video yang menunjukkan kebakaran itu berlaku pada 29 April lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALTIMORE: Seorang wanita didakwa atas tuduhan cuba membunuh selepas dipercayai membakar kediaman sendiri ketika rakan serumahnya berada di dalam premis berkenaan.   

Ketika kejadian, Gail Metwally, 47, juga dikatakan duduk berehat di depan premis berkenaan sambil memegang sebuah buku dan menyaksikan rumahnya terbakar. 

 

Lapor Metro, tindakan Metwally yang ‘santai’ menyaksikan kebakaran itu turut dirakam oleh penduduk yang berada di tempat kejadian di Elkton, kira-kira 80.46 kilometer (km) timur laut Baltimore, Maryland.  

Rakaman video itu menunjukkan seorang pejalan kaki mendakwa wanita tersebut menyalakan api di tong sampah sehingga ia merebak ke dalam rumanya kira-kira 1.15 petang (waktu tempatan) pada 29 April lalu.

“Saya tak percaya dengan apa yang saya lihat. Wanita itu duduk bersantai di luar dan menyaksikan rumahnya terbakar,” katanya.     

Berdasarkan sumber Pasukan Bomba Maryland, Metwally beredar dari lokasi kejadian selepas beberapa minit menyaksikan kebakaran itu.

Beberapa saksi memberitahu mereka terdengar suara wanita menjerit minta tolong dari tingkap bawah tanah rumah tersebut sebelum membantu mengeluarkannya.    

Wanita itu dikenal pasti sebagai Blenda Holbrook dan berusia 52 tahun, lapor WMAR.

Menurut kakak Metwally, adiknya baru-baru ini pulang ke rumah selepas menjalani rawatan sakit mental.

Jelas jabatan bomba, Metwally dan Holbrook tinggal di rumah tersebut dengan dua individu lain yang tidak berada rumah ketika kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya